Kami/LED Commander

LED Commander GmbH & Co. KG bertapak di tengah-tengah Jerman. Ibu pejabat kami berada di ibu negeri Thuringia, Erfurt, dan ibu pejabat pembangunan dan pembuatan produk bertapak
di kota university dan teknologi Jena. Pelaksanaan konsep teknikal (pencahayaan) anda sangat penting bagi kami. LED Commander akan berada di sisi anda, terutamanya daripada pembentukan idea hingga produk pasaran. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang jika anda mempunyai idea yang kurang jelas, konsep atau susun atur pengeluaran yang kurang komprehensif.

Teknologi LED individu anda adalah keutamaan kami – daripada fasa perancangan hingga pengeluaran produk. Sebagai syarikat yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam industri pengcahayaan, kerjasama dengan pengeluar dalam industri optik dan semikonduktor, pengedar komponen besar, universiti yang berkaitan, dan juga pelbagai jenis pembuatan elektronik, kami yakin bahawa “Der Commander” ialah rakan anda ketika mengenali LED. Daripada konsep, pemilihan sumber, reka bentuk susun atur elektronik dan mekanikal, prototaip, pemasangan, dan pemasangan papan litar hingga penghantaran produk; kami sedia merealisasikan visi anda.

Sejarah

Syarikat kami ditubuhkan pada tahun 2010 sebagai perniagaan sampingan (GbR). Tujuan kami adalah untuk menceburi pasaran LED yang semakin membangun ketika itu. Hasil pengetahuan pengasas Daniel Bohnsack, produk pertama kami diperkenalkan tidak lama kemudian; Lampu RGBW kawalan radio.

Setelah memperolehi pelanggan pertama kami pada tahun 2011 (universiti-universiti Thuringia, Jerman), syarikat kami diperkenalkan untuk pertama kalinya di ekspo perdagangan pada tahun 2012. Setelah mendapat sambutan hebat daripada syarikat-syarikat di dalam industri ini, Encik Bohnsack memberanikan diri untuk menubuhkan sebuah syarikat persendirian pada awal tahun 2013. Trend positif jualan produk kami memperoleh pertumbuhan yang pesat pada tahun-tahun berikutnya.

Pada tahun 2015, syarikat baru (GmbH & Co. KG) ditubuhkan untuk menggantikan perniagaan sampingan. Pada tahun 2016, kilang baru telah disewa untuk memenuhi permintaan pelanggan yang menambah. Kami menjenamakan syarikat semula pada tahun 2017 sebagai LED Commander, dengan tujuan mengutamakan dasar perniagaan kami.

Pada tahun 2019, syarikat usahasama (joint venture) ditubuhkan dengan rakan kongsi (partner), Jentron GmbH, yang membawa kepada pembukaan pusat pembangunan prototaip baru kami di Jena. Sejak bergabung, syarikat kami mempunyai pangkalan pelanggan yang luas, rakan kongsi moden dan inovatif serta kepakaran yang mendalam di seluruh pasaran.

Soalan?

Hubungi Kami!